Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang

Saturday, October 2, 2010

TAJUK 21: ANAK JAWA JOHOR

.

.
 AKU 
ANAK JAWA JOHOR

MASA AKU KECIL, aku tak tau pun yang aku ni bangsa Melayu. Aku membesar dalam masyarakat Jawa.  Kedua emak bapak aku keturunan Jawa. Hari-hari mereka bercakap bahasa Jawa. Dalam Sijil Kelahiran aku pun tertulis bangsa aku sebagai Jawa.

Sejak aku pandai bercakap, bahasa yang aku bahasakan ialah Bahasa Jawa.  Masa aku mula belajar mengaji semasa berusia 5 atau 6 tahun, almarhum bapakku mengajar aku dan adik beradik aku mengaji gunakan Bahasa Jawa, malah sebutan huruf Qur'an pun ikut cara Jawa. "Alip, Be, Te, Tse..... Dal, Zal, Re, Ze, ...... Lam Alip, Ambiah, Yo.  Bunyi "Be, Te" tu bukan macam bahasa Melayu Johor Riau sebut ape, kenape, biase (ejaan Englishnya beraper) tapi macam kita sebut perkataan 'tempe' atau 'satay'.


Hampir keseluruhan penduduk Kampung Parit Lapis Mahang (tempat aku dilahirkan) yang didiami oleh 60 buah rumah adalah berketurunan Jawa yang berkomunikasi 100% dalam bahasa Jawa. Bahasa Melayu hanya kedengaran semasa Khatib membaca Khutbah pada Hari Jumaat di Masjid. Kadangkala Ketua Kampung (Pak Lurah) membuat ucapan mengumumkan perihak urusan Kerajaan dalam Bahasa Melayu. Itu pun bercampur Jawa juga. Dalam kampung aku hanya ada dua keluarga keturunan Banjar.


Datuk aku sebelah bapak dan kedua-dua datuk/nenek sebelah emak datang dari tanah Jawa.  Kecuali nenek sebelah bapak dilahirkan di Tanah Melayu. Keturunan datu/nenek aku di Jawat adalah dari Daerah (Kabupaten) Blora di Propinsi Jawa Tengah.




PROPINSI JAWA TENGAH

KABUPATEN BLORA

Elok juga kalau kita baca sikit cerita tentang sejarah kedatangan penduduk Indonesia khususnya masyarakat Jawa ke Tanah Melayu.

 KEDATANGAN ORANG JAWA KE TANAH MELAYU 

Sejarah kedatangan org Jawa...dulu sewaktu kedua-dua negara serumpun masih dijajah oleh negara Barat. Blum ada nama "Indonesia" dan "Malaysia", tidak ada imigresyen dan seluruh umat Nusantara bebas keluar masuk tanpa sekatan. Kedatangan orang Jawa ke Tanah Melayu sama saja dengan perpindahan mereka ke Sumatera atau ke Borneo.  Ini bukan sahaja melibatkan etnik Jawa tetapi juga etnik lain seperti Bugis, Minangkabau, Rawa, Kerinchi, Aceh, Bawean, Madura, Banjar, Batak Mandailing. Di antara mereka akhirnya ada yang terus menetap di sini.  Salah satu sebabnya mungkin kerana pemerintahan Inggeris waktu itu jauh lebih baik daripada Belanda.  Kepadatan penduduk di Pulau Jawa juga salah satu faktor kenapa org Jawa pada migrasi ketempat lain.

Sebelum pemerintahan Inggeris, penduduk dari kepulauan Nusantara telah berhijrah ke Tanah Melayu. Mereka adalah dari keturunan (etnik) seperti Minangkabau, Acheh, Bugis, Banjar dan Jawa. 

Orang Minangkabau dari Sumatera Barat telah berhijrah secara beramai-ramai ke Negeri Sembilan pada abad ke-14. Orang Bugis dari Sulawesi Selatan telah datang ke Tanah Melayu dan menetap di Selangor, Perak dan Johor. Orang Jawa berhijrah ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20 untuk bekerja sebagai buruh di ladang kopi, getah dan juga di lombong-lombong bijih timah. Pada penghujung abad ke-19, penghijrahan masuk orang Indonesia semakin meningkat. Hal ini disebabkan keperluan buruh dalam sektor penanaman padi dan kopi diikuti oleh perkembangan perusahaan bijih timah dan getah.  Kedatangan mereka adalah disebabkan oleh TIGA faktor utama.

Faktor Politik.  Tekanan politik oleh pihak penjajah (Belanda) dan kesukaran menjalani kehidupan (kemiskinan)  telah mendorong kemasukan orang-orang dari Kepulauan Nusantara khususnya 'Jawa' ke Tanah Melayu. Sebagai contoh, orang Jawa telah dikenakan Sistem Kultur (1830-1870) atau Sistem Tanaman Paksa. Sistem ini telah menyebabkan rasa kurang senang orang-orang Jawa terhadap pemerintahan Belanda. Pertambahan penduduk Indonesia yang tinggi juga menyebabkan tanah pertanian di Jawa tidak cukup.

Faktor Sosial.  Penduduk di Indonesia terutamanya dari Pulau Jawa dan Sumatera telah bertambah dengan pesat. Pertambahan penduduk yang tidak seimbang dengan pertambahan keluasan tanah pertanian atau pun pengeluaran tanaman makanan telah menyebabkan kemiskinan dan kemerosotan taraf hidup para petani.

Faktor Ekonomi.  Peluang ekonomi seperti sektor pertanian iaitu getah, padi, kelapa dan lain-lain adalah pendorong utama kepada kemasukan orang-orang Indonesia ke Tanah Melayu. Kestabilan politik di Tanah Melayu adalah lebih baik jika dibandingkan dengan Indonesia juga merupakan faktor pendorong bagi kemasukan orang Indonesia. Galakan pembesar-pembesar tempatan untuk mengerjakan kawasan pertanian juga telah mendorong kepada lebih ramai kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu. 

Sumbangan Masyarakat Jawa.  Persamaan dengan orang-orang Melayu di Tanah Melayu dari segi bahasa, agama, adat resam dan sebagainya telah menyebabkan mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di Tanah Melayu.

Orang Indonesia turut menyumbangkan tenaga dalam perusahaan getah dan bijih timah di samping dalam pertania seperti padi, kelapa, dusun buah-buahan dan sebagainya. Kecenderungan dalam mengusahakan pertanian yang sama dengan tempat asal mereka adalah pendorong kepada kedatangan orang Indonesia ke Tanah Melayu.

Tidak ada satu sistem yang tertentu yang dilalui oleh orang Indonesia untuk datang ke Tanah Melayu di mana mereka berusaha sendiri untuk datang ke sini. 

Apa beza utama kedatangan orang kedatangan kaum Melayu keturunan Jawa dari Indonesia dari pulau-pulau di Indonesia ke Tanah Melayu dengan kedatangan kaum China dari Tanah Besar China dan kaum India dari Benua India?. Kedatangan kaum China dan India dibawa masuk oleh penjajah British untuk menjadi pekerja di lombong-lombong bijih timah dan ladang-ladang getah. Manakala kedatangan bangsa Indonesia (keturunan Jawa, Bugis, Banjar, Bawean dan Minang) adalah atas usaha sendiri untuk mencari kehidupan yang lebih baik.



Komposisi penduduk Keturunan Indonesia di Malaysia

Orang Jawa.  Orang Jawa merupakan orang Melayu yang paling banyak berhijrah ke Tanah Melayu. Menjelang tahun 1930, terdapat 17,000 orang Jawa di Tanah Melayu dan Singapura. Mereka bekerja sebagai buruh di lading kopi dan getah atau lombong bijih timah. Kebanyakan orang Jawa terdapat di negeri Johor, Selangor dan Perak. Jumlah penduduk keturunan Jawa di Malaysia sekarang hampir dua juta orang. Antara tokoh-tokoh dari keturunan Jawa ialah Allahyarham Tun Sardon bin Jubir (bekas Menteri dan bekas Gabenor Pulau Pinang), allahyarham Tan Sri Muhammad bin Rahmat (bekas Menteri), allahyarham Datuk Hormat Rafie dan Datuk Dr Khir Toyo (kedua-duanya bekas MB Selangor), Datuk Ahmad Zahid Hamidi (Timbalan Perdana Menteri). Bekas TPM/MB Johor, Tan Sri Mukhyiddin Yassin adalah keturunan Jawa/Bugis.

Orang BanjarOrang Banjar berasal dari Daerah Banjarmasin. Mereka mengusahakan penanaman padi. Kebanyakan mereka mendiami kawasan-kawasan pinggir pantai dan lembah-lembah sungai di Perak, Selangor dan Johor. Pada tahun 1931, bilangan penduduk Banjar di Tanah Melayu ialah 45,382 orang dan kini (2017) berjumlah  1.26 juta. Antara tokoh keturunan Banjar ialah Datuk Khaled Nordin, Datuk Husni Hanadzlah, Tan Sri Ishak Baharom, Tan Sri Harussani Zakaria, Tan Sri Hassan Azahari dan Tan Sri Nordin Kadri.

Orang Bugis.  Orang Bugis berasal dari Pulau Sulawesi membuka petempatan di Selangor, Johor dan Perak. Mereka menjalankan kegiatan pertanian. Berbanding dengan etnik Indonesia yang lain, etnik Bugis boleh dikatakan paling berjaya.  Dari kalangan bangsawan Bugis, mereka berjaya memasuki keluarga istana raja dan akhirnya mengambilalih pemerintahan di beberapa negeri di Tanah Melayu.  Sultan Selangor dan Sultan Johor sekarang adalah dari keturunan Bugis. Selain dari itu, Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak (sudah pasti anaknya Mohd Najib, Perdana Menteri ke 6) juga adalah dari keturunan Bugis.

Orang Bawean (Boyan).  Orang Boyan berasal dari Pulau Boyan atau Bawean telah menetap di bandar-bandar seperti Singapura, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Mereka mahir dalam pemeliharaan kuda lumba. Jumlah suku Bawean di Malaysia sukar diperolehi kerana sebahagiannya dianggap sebagai orang Jawa. Jumlahnya tidak melebihi 50,000 orang.

Orang MinangkabauOrang Minangkabau dari Sumatera menetap di Negeri Sembilan. Kebanayakan mereka terlibat dalam kegiatan perniagaan dan pertanian. Jumlah penduduk Malaysia keturunan Minang lebih kurang 540,000. Antara tokoh negara kita dari keturunan Minang ialah Tan Sri Rais Yatim dan allahyarham Tan Sri Abdul Samad Idris.

Orang Acheh.  Etnik Acheh ramai terdapat di negeri Kedah kerana kedudukan negeri ini yang paling hampir dengan Negara Acheh.  Duhulu Acheh pernah mempunyai kesultanan yang kuat dan pernah beberapa kali berperang dengan negeri-negeri di Tanah Melayu. Sebilangan dari anggota tentera Acheh ini telah menetap di Tanah Melayu. Jumlah penduduk Malaysia keturunan Acheh lebih kurang 120,000.  Antara tokoh-tokoh nasional Malaysia dari keturunan Acheh ialah Tan Sri Sanusi bin Jonid (bekas Menteri dan Menteri Besar Kedah), Prof Tan Sri Ismail Hussein (tokoh akademik), allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan alalhyarham Tan Sri Siekh Mohd Salim (artis).

MALAYSIA sekarang wajib berterima kasih kepada penduduk atau warganegara keturunan bangsa Indonesia kerana sekiranya tiada penghijrahan mereka dari Indonesia, pola penduduk negara Malaysia sekarang sudah tentu amat jauh berbeza. Mungkin Bumiputera Melayu tidak sampai 40% dari jumlah penduduk Malaysia.

Bilangan penduduk orang Indonesia 


Pada tahun 1947, bilangan penduduk Indonesia di Tanah Melayu adalah lebih kurang 307,150 orang. Daripada jumlah ini, 60% terdiri daripada orang Jawa. 

Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, peratusan penduduk etnik Indonesia di Tanah Melayu tidak lagi mempunyai statistik kerana mereka telah dianggap sebagai 'BANGSA MELAYU,'.  Jumlah  penduduk bangsa Melayu (termasuk keturunan Indonesia) ialah 2,427.834 orang iaitu 49.8% daripada jumlah keseluruhan penduduk Tanah Melayu.

Batu Pahat adalah daerah dalam Negeri Johor (mungkin juga Malaysia) yang paling ramai mempunyai penduduk masyrakat Jawa. Selain dari wujudnya budaya 'Jawa' dan meluasnya Bahasa Jawa yang digunakan oleh penduduk di daerah ini, banyak nama kampong yang diambil sempena dari nama orang Jawa.  Mungkin nama-nama inilah yang membuka atau meneroka kampong ini waktu mereka berhijrah ke Tanah Melayu.  Ini dapat dibuktikan dengan nama-nama kampong berikut:

  • Parit Karjo
  • Parit Karjan
  • Parit Warijo
  • Parit Sumarto
  • Parit Semarang (sebuah bandar di Pulau Jawa)
  • Parit Sonto
  • Parit Samijan
  • Parit Samion
  • Parit Markom
  • Parit Sikon
  • Parit Kasan
  • Parit Simin
  • Parit Karimun
  • Parit Rejo Sari
  • Parit Madirono
  • Parit Mastar
  • Parit Kalil
  • Parit Simoh
  • Parit Hj Salleh Kairon
  • Parit Bingan
  • Parit Sairing
  • Parit Hj Kasnawi
  • Parit Tariman

dan lain-lain lagi nama kampung yang mengambil sempenannama-nama peneroka yang namanya sama seperti nama Melayu tapi sebenarnya mereka adalah keturunan Jawa seperti Parit Kadir, Parit Hj Hassan, Parit Kasim, Parit Salleh, Parit Shuib, Parit Hj Mahmud, Parit Hj Idris dan Parit Hj Ali.



  BUDAYA MASYARAKAT JAWA  

Di Malaysia penempatan masyarakat keturunan Jawa bertumpu di bahagian pantai Barat Semenanjung seperti Batu Pahat dan Muar (Johor), Melaka, Kuala Langat, Klang, Kula Selangor, Tanjung Karang dan Sabak Bernam (Selangor) serta Bagan Datuk di Perak.  Masa aku bertugas di Kuching pada tahun 1981-1983, aku dapati ramai juga penduduk keturunan Jawa di sana, khususnya di kawasan Pekan Batu 6, jalan arah ke Serian.

Dalam masyarakat majmuk di negara kita, pelbagai jenis kebudayaan dan kesenian ada pada masyarakat masing-masing. Kedatangan masyarakat Jawa ke tanah air kita terutamanya di selatan Semenanjung beberapa kurun yang lalu telah membawa banyak kesenian yang kini hampir dilupakan, dibawa oleh arus kemewahan teknologi moden. 


Banyak kesenian masyarakat Jawa seperti kuda kepang, wayang kulit, ketoprak, ludruk, angklong, barongan, pencak silat dan kempling hampir dilupakan oleh generasi baru kerana usaha-usaha untuk memeliharanya tiada. 


Kesenian itu sesetengahnya masih hidup lagi terutama di kampung-kampung yang dihuni oleh masyarakat Jawa di mana generasi tua masih ada.


Permainan Kuda Kepang


Permainan kuda kepang ialah tarian pahlawan berkuda yang berasal dari Jawa. Ia turut dibawa oleh penghijrah ke Tanah Melayu. Permainan ini kini merupakan salah satu permainan rakyat di Indonesia dan Malaysia, khususnya di negeri Johor, dan biasa dimainkan di majlis perkahwinan atau di majlis keramaian. 



Kuda kepang biasanya dipersembahkan di tempat terbuka atau di atas pentas yang besar. Sebelum tarian bermula, Tok Bomoh akan membakar kemenyan dan membaca jampi untuk memberikan tenaga kepada kuda-kuda. Beliau menggunakan telur mentah, bunga, rumput dan air untuk persembahan. Dikawali oleh seorang "danyang" yang melecutkan pecut untuk menentukan rentak tarian, setiap penari akan naik ke atas kuda masing-masing. Apabila muzik mula bergema, penari-penari yang dipimpin oleh "danyang" itu masuk ke gelanggang. Rentak muzik bermula dengan perlahan dan agak membosankan. Setiap penari akan menunggang dan memacu kuda menurut pola yang ditentukan oleh rentak dan irama lagu itu.

Ketika muzik menjadi lebih pantas, kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju. Kekadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain menitinya. Penari-penari boleh melakukan pergerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat melompat-lompat setinggi enam kaki dan sebagainya. Semasa penari dalam keadaan sedemikian, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan bertambah rancak. Kononnya jika alunan muzik tidak rancak, penari-penari akan akan menerkam atau menendang pemain muzik seakan-akan kuda yang sedang berang.



Penari-penari menari selama dua jam sehingga mengalami keadaan bersawai, terpukau dengan kehebatan pergerakan-pergerakan mereka. Ketika mabuk, mereka kekadang akan bermimpi menunggang kuda yang benar sambil menari-nari dengan iringan muzik. Disebabkan itu, mereka mencuba mengejar muzik itu. Keadaan ini dipanggil "naik syeh". Jika keadaan bertambah liar dan tidak dapat dikawali, Tok Bomoh akan mengarahkan pengawal-pengawal yang ditempatkan di setiap sudut gelanggang untuk menangkap dan merebahkan mereka ke tanah, dan seterusnya Tok Bomoh akan membaca jampi untuk memulihkan mereka.

Sebagai pantang larangan dalam permainan kuda kepang, pemain-pemain tidak boleh diacah semasa dalam permainan atau ketika sedang mabuk kerana ditakuti akan melarat dan menjadikan keadaan tidak terkawal. Pemain-pemain juga tidak boleh melihat kain merah kerana ini merupakan pantang larangan semulajadi. Selain itu, pemain-pemain juga tidak boleh terlihat kaca kerana takut bahawa mereka akan makan kaca itu.

Pakej permainan kuda kepang akan lebih menarik jika ada 'barongan' dan 'pentul'.

Kompangan


Kompang adalah sejenis alat muzik yang dipercayai berasal dari Tanah Arab. Ia di bawa masuk melalui Tanah Jawa.  Ia telah menjadi muzik tradisional yang diterima di seluruh Malaysia.  Kalau dulu kompang hanya digunakan dalam majlis perkahwinan, khususnya menyambut dan mengiringi kedatangan pengantin, kemudian pengantin duduk di atas kerusi di halaman (ada silat pengantin) dan  hinggalah pengantin duduk di atas pelamin.



Image result for silat pengantin
SILAT PENGANTIN UNTUKKU

Kempelingan 

Kempling merupakan salah satu kesenian masyarakat Jawa yang telah wujud sejak dahulu lagi dan kini hampir dilupakan oleh masyarakat itu sendiri tanpa ada inisiatif untuk menghidupkannya agar tidak pupus dari ingatan generasi yang ada. Kesenian kempling ini pada kebiasaannya dipersembahkan di majlis-majlis keramaian seperti majlis berkhatan, perkahwinan, Maulidur Rasul, menyambut kelahiran bayi, potong jambul dan sebagainya.


Pada dasarnya, kumpulan kempling ini ditubuhkan sebagai kesenian hiburan masyarakat Jawa kerana pada ketika itu tiada alat-alat hiburan seperti radio dan televisyen. Selain itu, dengan adanya kumpulan kempling di sesebuah kampung, masyarakatnya sama ada golongan tua atau muda dapat disatukan dan berkumpul mempelajari kesenian nenek moyang mereka.

Permainan kempling ini mempunyai unsur-unsur keagamaan yang memuji-muji kebesaran Allah SWT dan Rasul-Nya, Nabi Muhammad SAW. Nazam atau lirik bagi permainan kempling ini berpandukan kepada berzanji atau rawi.

Terdapat enam jenis alat permainan kempling yang mempunyai bunyi dan fungsi yang berlainan. Alatan itu ialah jidur, gendang, karon, kempling dan dua buah kempol. Kesemua alat-alat ini diperbuat dari kulit kambing manakala baluhnya daripada kayu. Kombinasi keenam-enam alatan kempling ini melahirkan satu bunyian yang indah dan menarik. Ada ketikanya, ia dapat didengar sehingga beberapa kilometer terutama pada waktu malam.

Sebenarnya permainan kempling tiada had masa yang tertentu tetapi ia memerlukan masa yang agak panjang bergantung kepada berapa lagu dan bab di dalam berzanji.

Pada kebiasaannya, permainan kempling ini dimainkan pada waktu malam dan akan membawa ke pagi. Ia juga boleh dimainkan atau dipersembahkan pada waktu siang atau malam mengikut kehendak tuan rumah. Mereka akan bermain secara bergilir-gilir dan berjaga dari malam hingga ke pagi atau dipanggil "lek-lek'an" dalam bahasa Jawa. Permainan ini sebenarnya mempunyai peranan sampingan itu menghibur dan menemani orang kampung atau penanggah yang berkerja keras sepanjang malam itu bagi menyediakan juadah/masakan untuk majlis pada keesokan harinya.


Masyarakat dahulu yang tinggal di desa-desa menggunakan kesenian seumpama ini untuk memupuk semangat kerjasama dan muhibah sambil berbincang mengenai masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung itu. Untuk itu, bagi memelihara kesenian tradisional ini agar ia terus wujud dan kekal sebagai kesenian warisan, generasi muda perlulah berusaha untuk mewarisinya.

Pihak yang bertanggungjawab dalam bidang ini perlu sama-sama mengambil daya usaha tertentu demi kesinambungan kesenian tradisional ini supaya tidak luput dibawa arus kemodenan dan kebudayaan liar.


Angklong

Semasa aku berada dalam Tingkatan 3 di sekolah menengah (STMI), sekolah aku sangat aktif dalam sktiviti kebudayaan.  Macam-macam aktiviti seperti pencak silat dan kumpulan angklong ditubuhkan.  Kebetulan antara anak murid sekolah aku mempunyai ayah yang akif dalam bidang kesenian di daerah Batu Pahat. Contohnya Wak Suraji Pangat (ayah kepada Saadon Suraji, Ketua Kampung Punggur Darat - juga seorang guru silat), Wak Sawi (ayah kepada Katran - my classmate).  Mereka banyak membantu sekolah dalam melaksanakan aktiviti berkenaan.



Angklong merupakan sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh dalam kategori idiofon. Ia lazimnya terdiri dari dua hingga empat tiub yang diikat pada rangka yang dikenali sebagai 'ancak'. Angklung biasanya digetarkan agar ia berlaga antara dua bahagian. Angklung tidak dipukul tetapi ia menghasilkan bunyi apabila kedua bahagian alat muzik ini berlaga ketika ia digetarkan.

Muzik Angklung bermula dari Jawa Barat. Alat muzik ini merupakan alat muzik perkembangan darng dan kemudian diciptamula sebagai muzik persembahan untuk Dewi Seri, yakni dewi hal-ehwal percucuk tanaman. Muzik ini digunakan pula dalam usaha menjana kemerdekaan Indonesia sebagai muzik penyemangat khalayak ramai untuk mendukung usaha berkait.  

Pada 1908, kumpulan tertentu membawa muzik ini diperluaskan hingga ke seluruh Asia Tenggara meliputi,Semenanjung Tanah melayu dan Thailand. Angklung biasanya terdiri daripada ancak (rangka buluh) dengan sepasang atau lebih tiub buluh yang menggelunsur dalam ancak tersebut. Tiub ini mempunyai panjang yang berbeza dan dipotong satu pertiga pada bahagian atas. Hujung kedua bahagian ditutup dengan penyumbat. Dua unjuran terpacak keluar dan dipasangkan dengan longgar kepada slot tiub melintang.

Kedua tiub disuaikan berbeza satu oktaf setiap satu (tiga tiub boleh membentuk dua oktaf atau satu kord). Apabila digetarkan, gegaran tibu menghentam dasar dan menghasilkan nada. Disebabkan setiap alat hanya menghasilkan satu nada, ia memerlukan sekumpulan angklung bagi menghasilkan irama yang lengkap.

Ludhruk

Ludhruk adalah kesenian drama tradisional dari Jawa Timur. Huruf 'd' dalam perkataan ludhruk hendaklah disebut seperti huruf Jawi 'dhot'.  Ludhruk merupakan suatu drama tradisional yang diperagakan oleh sebuah grup kesenian yang di gelarkan disebuah panggung dengan mengambil cerita tentang kehidupan rakyat sehari-hari, cerita perjuangan dan lain sebagainya yang diselingi dengan lawakan dan diiringi dengan gamelan sebagai musik.



Dialog/monolog dalam ludruk bersifat menghibur dan membuat penontonnya tertawa, menggunakan bahasa khas Surabaya, meski kadang-kadang ada bintang tamu dari daerah lain seperti Jombang, Malang, Madura, dan dengan logat yang berbeda. Bahasa lugas yang digunakan pada ludruk, membuat dia mudah diserap oleh kalangan non intelek (tukang becak, peronda, sopir angkutan umum, etc).

Ludruk berbeda dengan ketoprak dari Jawa Tengah . Cerita ketoprak sering diambil dari kisah zaman dulu (sejarah maupun dongeng), dan bersifat menyampaikan pesan tertentu. Sementara ludruk menceritakan cerita hidup sehari-hari (biasanya) kalangan wong cilik.

Berzanji dan Marhaban


Berzanji atau Barzanji (Jawa sebut 'Bejanjen) ialah suatu doa-doa, puji-pujian dan penceritaan riwayat Nabi Muhammad s.a.w. yang dilafazkan dengan suatu irama atau nada yang biasa dibacakan ketika majlis aqiqah, khatan, perkahwinan dan Maulidur Rasul. Isi berzanji menceritakan tentang kehidupan Nabi Muhammad, yang disebutkan secara berturutan mengenai salasilah keturunannya, zaman kanak-kanak, remaja, pemuda sehingga diangkat menjadi rasul. Di dalamnya juga mengisahkan sifat-sifat mulia yang dimiliki Nabi Muhammad, serta pelbagai peristiwa untuk dijadikan teladan umat manusia.




Nama Berzanji diambil dari nama pengarangnya yaitu Syekh Ja'far al-Barzanji bin Husin bin Abdul Karim. Beliau lahir di Madinah pada tahun 1690 dan meninggal dunia pada tahun 1766. Barzanji berasal dari nama sebuah tempat di Kurdistan, Barzinj. Karya tersebut sebenarnya berjudul 'Iqd al-Jawahir (dalam Bahasa Arab bererti kalung permata) yang disusun untuk meningkatkan rasa kecintaan kepada Nabi Muhammad saw, meskipun kini nama penulisnya yang lebih dikenali.

Pembacaan Berzanji pada umumnya dilakukan di majlis-majlis dengan niat untuk mendapat keberkatan. Misalnya pada waktu kelahiran bayi, mencukur rambut bayi (aqiqah), acara khatan, perkahwinan dan sebagainya. Di masjid-masjid perkampungan, biasanya jemaah duduk secara bersila. Bacaan Berzanji dialunkan secara bergilir seorang demi seorang sambil disahuti oleh jemaah lain dengan kalimah 'ALLAH'.


 

Di Malaysia, terdapat juga adat pembacaan Berzanji yang dilakukan secara bersama-sama dengan bayi yang baru lahir dicukur rambutnya dalam bulatan oleh Imam dan ahli keluarga terdekat. Sementara baju atau kain orang-orang yang sudah memegang bayi tersebut, kemudian diberi titisan minyak wangi.

Dewasa ini, bacaan berzanji semakin berkurangan walaupun Buku Berzanji masih mudah didapati.


Rewangan

Di kampung dahulu, kalau majlis perkahwinan, tak ada istilah 'catering' seperti sekarang. Semua dibuat secara gotong royong. Bangsal tempat makan tetamu serta pinggan-mangkuk adalah hak orang-ramai (barang kongsi). Seminggu sebelum majlis diadakan, gotong royong untuk mengusung bangsal dan mengangkut pinggan-mangkuk akan bermula. Guna basikal. Dua tiga orang saja yang ada motorsikal. Setiap rumah mesti ada wakil. Kanak-kanak cukup suka masa ni, menyibuk (membantu).



Inilah rupa bangsal tempat tetamu makan dalam kenduri kahwin dulu-dulu 

Semasa majlis kenduri kahwin, paling seronok jadi penanggah. Penanggah ialah melakukan kerja secara sukarela membantu tuan rumah semasa majlis perkahwinan. Tukang masak biasanya telah ada orangnya, pakar masak nasi minyak dalam kampung itu. Kerja tukang masak tak akan ada yang mengacau, dia saja yang tahu sukatannya. Yang lain cuma bantu dia membasuh beras dan jaga kayu api sahaja.

Waktu menyembelih, menyiang (bulu), memotong dan membasuh ayam, walaupun kerja agak kotor dan bau hanyir, tetap ada keseronokannya. Kumpul tongkeng ayam untuk dibakar. Patut la orang tua-tua tak bagi budak-budak makan tongkeng ayam! Sodap rupanyeeeeee.

Kerja penanggah bermula pada malam sebelum hari kenduri. Malam itu semua pemuda kampung akan datang untuk mengupas/memotong bawang, kentang, daging, dan rencah-rencah bahan masakan. Kadang kala menggoreng ayam pun bermula pada malam ini. Seronoknya malam ini ialah dapat mengintai anak-anak dara yang berkerja di dalam rumah. Peluang untuk menatap muka adalah semasa menyerahkan dulang-dulang minuman/kueh untuk hidangan penanggah.


Hari sebenar, kerja penanggah bermula awal pagi. Memasak nasi dan lauk-pauk. Penanggah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil seperti pembuat air minuman, pengangkat hidangan, pencuci pinggan-mangkuk, pembahagi bungkusan untuk tetamu (Jawa = berkat). Penanggah juga bertugas membungkus berkat yang perlu diselesaikan sebelum ketibaan tetamu.


Walaupun kerja pencuci pinggan kotor adalah dianggap paling kotor, tapi ia tetap seronok sebab mana-mana lauk (khususnya ayam) yang tak abis, masa tu la nak melantak puas-puas.


'Rewang' or gotong-royong' is one of the uniqueness in Jawa community. This show the 'spirit of cooperation'or team work among the villagers. 'Rewang' can be in big scale or small scale. The big scale is normally happened either during wedding ceremony or 'kenduri kahwin'. And, the smaller scale 'rewang' for 'majlis khatan', 'cukur jambul' or other 'kenduri'. Normally, each kampong in Johor is divided into 2 or three sector. I depend on the size of the kampong. The easiest way how to indicate the number of sector in that kampong is to know how many 'surau' in that kampong. Three 'suraus' mean 3 sectors. Each sector consists of 30-40 houses.

The 'rewang' involved the the whole family who stay in that sector. The man (the adult only) will work outside the house start from the day they erecting the 'bangsal' or tentage, preparing the cooking materials, cooking, washing dishes, entertaining the guesses until the end of the ceremony and put the bangsal down. It was like a feast. The beauty of 'rewang'is all are working voluntarily. After all the guesses went home, they (the rewang group' will pack their own food (we call in 'berkat') to take home.

In normal 'kenduri', only the population of the sector will be invited. Normal 'kenduri' such 'kesyukuran, arwah, bersunat atau berkhatan' etc.

 
Rewang semasa majlis perkahwinan abang aku Khamim
kebanyakan orang kampungku yang ada dalam gambar ini telah pulang ke rahmatullah, seperti Wak Es (Taharim bin Sardi), Lek Bajuri Hj Yusof, Lek Sarmodan, Lembek dan Ani (Rohani). Yang nampak macam orang bujang tu sekarang dah nak bercucu.


Le'le'an 

Kene sebut betul-betul -bunyi 'e' Melayu dengan 'e' Jowo.  Le'le'an berasal dari perkataan 'melek' atau celik atau bersengkang mata. ('me' dibunyikan dengan 'e' tanda (e pepet) manakala 'lek' dibunyikan dengan e taling). Jadi le'le'an bermakna 'tidak tidur beramai-ramai'.  

Le'le'an ini adalah sebahagian dari tradisi rewang, cuma ia mempunyai bidang dan waktu tersendiri. Tradisi ini berlaku pada malam sebelum majlis kenduri perkahwinan.  Kalau majlis hari Ahad, maknanya Sabtu malam Ahad itu, masyarakat kawasan kariah tersebut akan mula bergotong royong selepas waktu isyak.   Malam itu kaum Adam bertugas menyediakan bahan masakan seperti memotong bawang, cili, kentang, nenas, lobak dan lain-lain.  Satu kumpulan lain akan memotong daging ayam/lembu dan menggoreng ayam untuk di masak (apa- jenis masakan pun) pada esok pagi.  Ikan atau ayam atau daging perlu digoreng lebih awal kerana kalau tunggu esok, daging akan berbau (mula nak busuk).

Kaum Hawa pula bergotong royong di dalam rumah, menyediakan pelamin, mengemas rumah, menyediakan kueh mueh untuk dihidangkan esok. Mereka sama-sama bersengkang mata demi untuk membantu jiran atau saudara sekampung.  Biasanya tradisi le'le'an ini akan selesai antara jam 2 hingga ke 4 pagi, tertakluk kepada saiz majlis.  Dan, keesokan paginya mereka akan datang lagi untuk kerja masak memasak.

Beginilah kuatnya semangat setiakawan dan silaturrahim dalam masyarakat Jawa, yang masih kekal hingga ke hari ini. Namun  tradisi le'le'an ini sudah semakin pupus kerana  tuan rumah menggunakan khidmat 'catering', yang tidak memerlukan kerja memasak dan penanggah dan kemas mengemas - semuanya dilaksanakan oleh pemilik catering.

Melenggang Perut  

Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di selatan semenanjung manakala di sebelah utara semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau belum cukup bulan lagi. Jika didapati sudah genap tujuh bulan isteri itu hamil, maka mulailah bidan itu diupah untuk melangsungkan adat melenggang perut ini. Kelengkapan yang mustahak perlu disiapkan untuk menjalankan adat ini. Antara kelengkapan tersebut disediakan adalah seperti berikut:

•  Tujuh helai kain yang berlainan warna.
•  Satu gantang beras.
•  Sebiji buah kelapa.
•  Beberapa urat benang.
•  Satu batang damar.
•  Sedikit minyak kelapa atau minyak urut.
•  Beberapa batang lilin.
•  Satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya.
•  Pengeras wang sebanyak lima suku ($1.25) di dalam tepak itu.


sumber: girlish87.blogpot.com

Setelah semua barang tersebut disediakan, tok bidan akan menjalankan adat melenggang perut seperti berikut:

Mula-mula tok bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berwarna itu secara melintang sehelai demi sehelai. Ibu yang hamil itu akan dibaringkan di atas lapisan-lapisan kain tersebut. Kemudian, perut ibu itu akan diurut dengan minyak kelapa atau minyak urut secara perlahan-lahan.

Selepas itu, kelapa yang sudah dikupas tersebut akan diguling-gulingkan secara perlahan-lahan di atas perut ibu itu ke atas dan ke bawah sebanyak tujuh kali dan pada kali yang ketujuh itu, kelapa itu akan dilepas serta dibiarkan jatuh bergolek daripada perut ibu itu sambil diperhatikan oleh tok bidan itu. Tok bidan akan memerhatikan bagaimana kedudukan muka atau mata kelapa itu setelah berhenti bergolek. Jika mata kelapa itu menghala ke atas, ibu itu akan beroleh anak lelaki, dan jika ia menghala ke bawah, anak perempuan akan dilahirkan.


sumber: aniqmy.blogspot.com

Setelah itu, sebelah tangan tok bidan akan memegang satu hujung kain lapisan atas sekali dan dengan tangannya yang sebelah lagi, dipegangnya hujung yang satu lagi. Kemudian kain itu diangkatnya sedikit sambil dilenggang-lenggangkan badan ibu itu. Dari sinilah terbitnya panggilan Lenggang Perut itu. Selepas itu, kain itu ditarik keluar daripada bawah badan ibu tersebut. Perbuatan ini akan dilakukan sehingga habis ketujuh-tujuh helai kain itu dikeluarkan dari bawah pinggang ibu tersebut. Kain yang di bawah sekali akan diberikan kepada tok bidan bersama-sama dengan kelapa, beras, damar, sirih pinang beserta dengan wang pengeras lima suku di dalam tepak sirih itu.

Biasanya, pada hari melenggang perut akan diadakan kenduri kecil-kecilan yang akan dihadiri oleh orang tua-tua dan kaum keluarga yang rapat. Pada masa kenduri itu berlangsung, si ibu yang akan melenggang perut itu akan dipakaikan dengan pakaian yang baru dan cantik.



Upacara Turun Tanah

Upacara Turun Tanah adalah salah satu upacara adat budaya Jawa untuk anak yang berusia 8 bulan (pitung lapan) di daerah lain di Indonesia juga dikenal upacara adat turun tanah ini dengan istilah yang berbeda. Upacara ini mewujudkan rasa syukur karena pada usia ini si anak akan mulai mengenal alam disekitarnya dan mulai belajar berjalan. 




BIASANYA TANGGA DIBUAT DARI BATANG TEBU

Nasi Ambeng dan Berkat

Masyarakat Jawa adalah sebilangan komuniti masyarakat Melayu Malaysia yang pada asalnya berasal dari Tanah Jawa Indonesia sekarang menjadi Rakyat Malaysia , turun temurun dan beranak, cucu, cicit.

Nasi Ambeng adalah tradisi makanan masyarakat Jawa apabila mengadakan kenduri sambutan kelahiran, doa selamat atau Arwah.  Nasi Ambeng di letak dalam sebuah dulang besar (talam) dengan di hiasi lauk aslinya yang terdiri daripada serunding, ikan kering (gereh) dari jenis bulu ayam kacang tanah, sambel goreng dan lauk utamanya adalah ayam kukus (engkong) dan sayuran kacang panjang.



Image result for nasi ambeng 
Image result for nasi ambeng 
Related image 
Image result for nasi ambeng  

Bagi sedulang nasi ambeng biasanya untuk keperluan 4-6 orang tetamu. Pada majlis kenduri biasanya ia dibahagi rata untuk dibawa pulang oleh tetamu dan dimakan bersama keluarga. Bahagian ini disebut Pancal - ( Membahagi nasi ambeng).  Bila dah dibungkus ia dinamakan BERKAT.

Konsep nasi ambeng amatlah unik dimana ianya menerapkan persepakatan dan perpaduan dalam kekeluargaan dan kemasyarakatan tidak mengira pangkat dan darjat . Tiada beza membeza jenis makanan bagi si miskin atau si kaya.  Malah mengikut satu sumber, kesan air tangan (chemistry) yang sama-sama makan dalam satu dulang boleh menghasilkan satu ramuan kasih sayang dan saling menyayangi.  Dari segi kemasyarakatan ia mewujudkan satu masyarakat yang saling membantu, berkerjasama, berkompromi, kesamarataan dalam menjalani kehidupan bermasyarakat.


Bagi generasi akan datang, semuga akan mula bertitik tolak semula kepada asalnya, bagi usaha mengembalikan keaslian tradisi NASI AMBENG ini.


Source: http://ms.shvoong.com/social-sciences/education/1990798-nasi-ambeng/%20


  

LAIN-LAIN MAKANAN TRADISI JAWA


1.   SOTO
Related image  
2.   LONTONG
Image result for lontong johor  
3.   TEMPE
Image result for daun tempeh  
4.   TIWOL/KETIWOL
Image result for tiwol  
5.   GETUK UBI
Image result for getuk ubi  
6.   LOPES
Related image  
7.   KUAH LODEH
Image result for kuah lodeh jawa  
8.   SAMBAL GORENG JAWA
Image result for sambal goreng jawa  
9. OPAK UBI
Related image  
10. KEREPEK UBI
Image result for kerepek ubi kayu  
12. KEREPEK PISANG
Image result for kerepek pisang masin  
13. REMPEYEK/KETUMPI
Image result for rempeyek    
Image result for KETUMPI  
13. BOTOK
Image result for botok tahu jawa  
Image result for botok tahu jawa  
14. LEMPENG
Image result for lempeng jawa  
15. IKAN PINDANG
Image result for pindang ikan  

Makanan di atas ada yang telah dilupai, ada yang masih kekal seperti dulu, ada yang ditambah baik ada yang dikomersilkan dan menjadi popular di seluruh negara.



      WONG WEDOK MANGAN BOTOK       
     WONG LANANG MANGAN TEMPE   
                  WES SUWI ORA KEPETUK          
       NEK KEPETUK AREP KAPAKNE     



.
Kajian Etnik Jawa di Malaysia

PENDAHULUAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat  berbilang kaum dan etnik. Terdapat tiga kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Di dalam kelompok kaum tersebut terdapat pelbagai pecahan etnik yang sudah semestinya mempunyai pelbagai budaya, bahasa, kepercayaan dan adat resam yang tersendiri.

Dalam tugasan ini, saya memilih etnik Jawa kerana ayah dan ibu saya berketurunan Jawa Ponorogo. Tugasan ini membicarakan  etnik Jawa meliputi aspek bangsa,struktur masyarakat, bahasa, kepercayaan, adat resam dan jantina.

Semua penduduk yang tinggal di kampung saya iaitu Parit Sikon Darat, Parit Raja , Batu Pahat berketurunan Jawa. Sebahagian besar mereka  merupakan Jawa Ponorogo manakala selainnya Jawa Megelan. Mereka bekerja sebagai pekebun kelapa sawit , bertukang dan ada juga yang bekerja di kilang industri.

Sehingga kini kami masih menggunakan bahasa Jawa sebagai bahasa perhubungan.  Selain mempunyai masakan Jawa yang menjadi kebanggaan seperti “sambel godok” dan “pecel leley”, kami juga mengamalkan adat resam serta kebudayaan tersendiri. Ianya menjadikan keturunan kami unik dan istimewa.

Kerukunan hidup bermasyarakat menjadikan kampung tempat tinggal kami aman, damai dan ceria. Berkat kerjasama dan hidup bermuafakat, kampung kami pernah dicalonkan sebagai penerima anugerah Kampung Terindah Desa Wawasan peringkat negeri.
Kami  bangga menjadi anak Jawa dan sentiasa berusaha untuk mengekalkan identiti agar tidak hilang ditelan zaman.

“Tak Kan Jawa Hilang Di Dunia”

Pengenalan Bangsa Jawa

Orang Jawa dari segi zahirnya, berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. Etnik Jawa merupakan sebahagian daripada kelompok Melayu yang terdapat di Malaysia dan sudah lama bertapak di sini.
Pada masa ini, penempatan orang Jawa tertumpu di bahagian barat Semenanjung Malaysia terutama di barat Johor, Selangor dan Perak. Dipercayai, tempat yang mula- mula  diduduki adalah di kawasan Padang, Parit Jawa, Muar.

Orang Jawa berhijrah ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20 untuk bekerja sebagai buruh di ladang kopi, ladang getah dan juga di lombong - lombong bijih timah. Kedatangan mereka ke Tanah Melayu bukan sahaja untuk bekerja di ladang tetapi juga dipengaruhi oleh faktor ekonomi, politik dan sosial.

Menurut Wikipedia , kebanyakan imigran Jawa yang datang ke Tanah Melayu berasal dari beberapa buah daerah di Pulau Jawa seperti di Jawa Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur seperti dari kawasan Madiun,Ponogoro, Kudrejo, Lebumin, Demek dan Magelan.

Sejarah mengatakan bahawa,imigran Jawa berhijrah ke beberapa pulau lain sebelum datang ke Tanah Melayu. Antara pulau yang menjadi kawasan petempatan mereka ialah Singapura dan Palembang.

Etnik Jawa era 60-an menggunakan nama yang agak unik seperti Suparji, Wagiman, Supendi, Masjoyo, Mulio, Karto, dan  Toliban untuk kaum lelaki dan nama seperti Supinah,Tukijah, Jumiton, dan Tukiyem untuk kaum perempuan. Mereka juga sering menggunakan nama gelaran seperti Man Ganden,  Amat Ireng, Leman Gundol, Mbah Lanang dan Nyai Cilik. Namun nama dan gelaran itu kini tidak digunapakai lagi seiring dengan peredaran zaman.

STRUKTUR MASYARAKAT JAWA

Menurut Clifford Geertz (The Religion of Jawa;1956) masyarakat Jawa asli di dikelaskan kepada tiga kelas utama iaitu abangan, santri dan priyayi.

Namun, dalam masyarakat Jawa di Malaysia, kelas sosial tidak dititikberatkan. Ini kerana kebanyakan masyarakat Jawa di Malaysia telah mengasimilasikan kehidupan  dengan masyarakat lain. Dalam menjalani kehidupan seharian, masyarakat Jawa mempunyai beberapa sistem. Kehidupan mereka diketuai oleh seorang ketua. Ketua memainkan peranan yang penting dalam menjalani kehidupan demi menjamin kerukunan masyarakat Jawa.

Ketua  masyarakat Jawa ialah Lurah dan Kiai. Lurah merupakan penghulu dalam masyarakat Jawa . Ia mempunyai tanggungjawab dan memikul amanah yang besar bagi memastikan keselesaan penduduk kampung. Lazimnya pemilihan Lurah adalah berdasarkan kebolehan,pengalaman, keturunan dan pengetahuan dalam agama..Jawatan Lurah kebiasaannya akan disandang  selagi diterima oleh penduduk kampung.  Jawatan Lurah akan dibantu oleh beberapa orang pembantu untuk memudahkan urusan pentadbiran. Selain menjaga keselamatan kampung, Lurah menjadi ketua  ketika aktiviti gotong-royong dan aktiviti kemasyarakatan yang lain.

Selain  Lurah, terdapat juga jawatan Kiai atau Siak. Kiai dilantik dalam kalangan kaum lelaki yang berpengetahuan dalam bidang agama dan soal kemasyarakatan. Kiai bertanggungjawab untuk menjadi imam dalam sembahyang berjemaah.  Kiai juga bertanggungjawab mengetua majlis kenduri doa selamat dan semua majlis keagamaan. Seorang Kiai perlu lengkap dengan ilmu agama dalam memberi petunjuk kepada masyarakat.

Dalam hal kematian, Kiai berperanan sebagai imam untuk sembahyang jenazah. Ini adalah sebagai tanda penghormatan ke atas Kiai yang memainkan peranan yang cukup penting dalam adat  kematian.

KEPERCAYAAN MASYARAKAT JAWA

Kaum Jawa di Malaysia menganut agama Islam. Mereka mengamalkan pelbagai kepercayaan yang diwarisi sejak turun – temurun. Ada kepercayaan yang masih diamalkan sehingga hari ini dan ada yang telah hilang ditelan zaman.

Masyarakat Jawa bermazhabkan Sya’fie dengan memegang teguh lima rukun Iman dan mempercayai enam rukun Islam. Dua rukun inilah yang menjadi landasan kepercayaan mereka untuk menjadi seorang Islam yang sempurna di sisi Allah SWT. mereka amat mementingkan aspek persaudaraan selari dengan ajaran agama Islam.Oleh itu, masyarakat Jawa adalah saudara kepada masyarakat Islam yang lain.

Terdapat segelintir masyarakat Jawa yang mengamalkan amalan animisme. Ia berkaitan kepercayaan terhadap makhluk halus dan semangat sesuatu tempat. Mereka mempercayai sesuatu tempat menjadi kediaman makhluk halus sehingga ada yang menganggap tempat itu keramat.

Terdapat juga sebilangan warga emas masyarakat Jawa yang mempercayai tentang semangat di tempat yang baru. Sekiranya semangat tersebut hilang atau diganggu gugat seperti membersihkan kawasan, dipercayai akan menyebabkanseseorang itu mendapat penyakit. Oleh itu, mereka perlu membuat beberapa semahan atau menjamu dengan bertih supaya semangat  tersebut pulih seperti sedia kala.

Selain itu, masyarakat Jawa juga mempercayai beberapa objek yang mempunyai kuasa seperti busut, batu-batu besar atau pokok-pokok besar. Kuasa ini dikatakan mampu memberi kesan kepada mereka yang mengusik atau melakukan perkara yang tidak senonoh kepada objek tersebut. Justeru itulah ramai dalam kalangan tersebut mengambil peluang dengan menjadikan busut, batu atau pokok besar sebagai objek yang boleh mendatangkan keuntungan seperti tikam nombor ekor.

Di samping itu, bagi orang Jawa Kejawen pula, mereka  mempercayai  pelbagai jenis roh yang tidak kelihatan yang dapat   menimbulkan bahaya seperti kecelakaan atau penyakit. Untuk melindungi semuanya itu, mereka memberi upah yang terdiri dari nasi dan aneka makanan, daun-daun bunga serta kemenyan.

Orang Jawa Kejawen juga suka melakukan kegiatan keagamaan.contohnya seperti puasa. Mereka  berpuasa pada hari-hari tertentu misalnya Isnin dan Khamis atau pada hari lahir. Semuanya itu berasal daripada ajaran tarikat ynag mereka anuti. Sungguhpun demikian, amalan dan kepercayaan animisme ini semakin hilang ditelan zaman kerana Islam menegaskan amalan ini dianggap sebagai perbuatan syirik dan bertentangan dengan agama.

Masyarakat Jawa juga mempercayai bahawa  hari Jumaat adalah hari  yang terbaik atau penghulu segala hari. Jumaat keliwon merupakan  hari yang terbaik untuk beramal dan menuntut pelbagai ilmu. Menurut masyarakat Jawa, antara keistimewaan malam Jumaat keliwon adalah sekiranya hujan turun, air hujan tersebut perlu ditadah di halaman rumah dan air itu amat mujarab untuk dibuat air penerang hati. Malam Jumaat Keliwon juga dimanfaatkan oleh orang yang mengamalkan ilmu sesat akan menguji ilmunya buat pertama kali.

Selain itu masyarakat Jawa juga mempercayai bahawasanya jika sekiranya ada orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat Keliwon, kuburnya terpaksa dijaga siang dan malam sehingga genap 40 hari kerana takut digali semula oleh golongan yang tidak bertanggungjawab untuk diambil lidahnya, kain kafan dan sebagainya untuk dijadikan tangkal untuk membuat perkara yang dilarang oleh AllahSWT seperti merompak, sihir dan lain-lain kepercayaan khurafat.

ADAT RESAM  MASYARAKAT JAWA

Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan, tingkahlaku, kepercayaan  dan cara hidup. Ianya dilakukan setiap hari atau mengikut musim sama ada mengikut bulan mahupun tahun. Adat yang dilakukan akhirnya menjadi suatu  kebiasaan yang diulangi dan akhirnya dipraktikkan turun- temurun.  Perkataan lain yang sinonim dengan adat ialah budaya. Adat dan budaya merupakan suatu konsep yang saling bergantung.

Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat pelaksanaannya, misalnya adat bersanding, adat meminang dan sebagainya, ia sudah menjadi suatu budaya. Ia membawa maksud budaya merupakan suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat sesuatu masyarakat.

Budaya bersifat tidak tetap dan boleh berubah mengikut peredaran masa dan kesesuaian . Justeru wujud pengkelasan budaya tradisional dan budaya moden. Adat pula ialah suatu ketetapan yang tidak boleh berubah. Oleh hal yang demikian bolehlah dikatakan bahawa adat ialah budaya yang asal.Resam pula ialah lembaga, peraturan, hukum , norma yang dijunjung oleh kelompok masyarakat.

Adat resam merupakan suatu peraturan yang sudah diamalkan sejak turun – temurun dalam sesebuah masyarakat sehingga menjadi peraturan dan hukum yang mesti dipatuhi. Adat resam merupakan suatu cara hidup yang diwarisi.

Masyarakat  Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa, mengamalkan adat resam mereka yang tersendiri. Adat ini merangkumi semua aspek kehidupan bermula daripada kelahiran, kehidupan sehinggalah kematian.

Masyarakat Jawa mengamalkan adat resam yang cukup unik. Bermula dari dalam kandungan , mereka mengamalkan adat yang tersendiri.  Untuk memahami secara lebih mendalam  adat resam  masyarakat Jawa, adalah lebih mudah sekiranya kita membicarakannya satu persatu. Antara adat resam yang masih diamalkan   ialah:
  • Lenggang perut
  • Jagongan
  • Bengkongan
  • Puputan / Cukur jambul
  • Among – among/ Pijak tanah
  • Sunatan/ Berkhatan
  • Merisik
  • Mantu / Perkahwinan
  • Baraan/ Ziarah raya
  • Rewang/ Gotong- royong
  • Nasi ambeng/ ambang


Lenggang Perut

Adat lenggang perut juga dikenali sebagai tingkepan atau mitoni. Ia dijalankan khusus untuk  seseorang wanita yang hamil buat kali pertama. Upacara ini dijalankan ketika kehamilannya memasuki tujuh bulan . Tujuan upacara ini dijalankan ialah untuk memohon keselamatan ibu dan juga bayi yang bakal dilahirkan.

Masyarakat Jawa percaya janin yang berusia tujuh bulan mempunyai roh yang perlu dijaga dan diraikan. Anak pertama dikatakan membawa tuah bukan sahaja kepada keluarga malah kepada adik – adiknya yang bakal dilahirkan kemudian. Upacara ini dikendalikan oleh Mak Bidan yang bakal menyambut kelahiran bayi tersebut. Bakal ibu terpaksa melalui beberapa peringkat upacara.

Bakal ibu yang sedang hamil akan dimandikan dengan air pelbagai jenis bunga diiringi dengan doa yang dibacakan oleh Mak Bidan. Seterusnya si suami akan memasukkan sebutir telur ayam kampung ke dalam kain isterinya. Telur tersebut dibiarkan jatuh dan pecah. Ia merupakan simbolik tanda bayi akan lahir dengan lancar tanpa sebarang halangan. Ada juga sesetengah masyarakat jawa yang mengkehendaki si suami membelah buah kelapa muda. Sekiranya belahan buah kelapa betul – betul di tengah , mereka akan mendapat anak lelaki. Sebaliknya sekiranya belahan buah kelapa tersebut senget maka mereka dikatakan bakal menerima anak perempuan.

Para tetamu upacara lenggang perut  biasanya dihidangkan dengan nasi ambeng. Ketika penyediaan dijalankan, peladen  atau pelayan dimestikan mengambil dulang yang berisi nasi ambeng secara satu arah. Mereka ditegah berjalan bolak- balik melawan arah. Ia untuk mengelakkan bayi yang bakal dilahirkan keluar secara songsang.

Menanam Uri

Selepas seseorang bayi dilahirkan, Mak Bidan akan mencuci dan membersihkan uri dengan campuran asam beserta sedikit garam.  Kemudian,  uri akan ditanam di bawah rumah atau persekitaran rumah.

Si ayah, akan ditugaskan menanam uri. Uri bayi perempuan akan ditanam berserta celak, pensil , dan jarum.  Mereka berharap agar anak yang akan membesar  nanti menjadi seorang yang cantik, pandai dalam pelajaran dan pandai menjahit baju.  Uri bayi lelaki pula ditanam berserta pensil, paku dan jarum dengan harapan apabila dewasa nanti mereka akan menjadi seorang yang pandai dan gagah.

Pada waktu malam, tempat uri ditanam akan dilengkapi pelita. Selain mengelak daripada dikorek oleh binatang , mereka juga berharap agar si bayi tidak diganggu oleh kuasa jahat. Sedikit  tanah dari tempat uri ditanam akan diambil lalu dibungkus di dalam sehelai kain putih. Bungkusan tersebut kemudiannya diletakkan di bawah tempat tidur atau buai si bayi. Masyarakat Jawa beranggapan ianya dapat menemani si bayi kerana setiap bayi dilahirkan bersama kawan atau “bathor”.

Jagongan

Jagong dalam bahasa Jawa bermaksud duduk. Adat jagongan mudah dimengertikan sebagai ziarah sambil duduk – duduk. Ada juga yang mengenali adat ini dengan nama “muyi”.
Pada hari pertama hingga ke tujuh kelahiran, jiran tetangga dan saudara – mara akan datang menziarahi keluarga bayi. Biasanya kaum perempuan akan datang berziarah pada siang hari manakala bagi kaum lelaki,  mereka akan datang pada waktu malam. Ketika berziarah mereka akan dihidangkan dengan kuih-kuih tradisional seperti rempeyek dan rengginang.

Tujuan mereka berziarah ialah menemani si ibu dan bayinya. Pada pandangan masyarakat Jawa,  si ibu yang baru melahirkan lemah semangatnya  manakala si bayi mudah disampuk oleh sesuatu kuasa jahat.

Bengkungan

Bengkung ialah sejenis tali pinggang yang dipakai selepas melahirkan bayi. Bengkung diperbuat daripada kain yang lembut sepanjang 6 hingga 7 meter. Untuk memudahkan cara pemakaiannya, kain bengkung biasanya akan diikatkan pada sesuatu seperti tiang. Si pemakai akan melilitkan bengkung tersebut pada bahagian bawah dada sehingga paha agar rahim mudah sembuh, perut tidak menggelebeh dan ponggong tidak jatuh. Pada masa kini walaupun terdapat bengkung moden yang lebih mudah dan murah namun masih ada lagi sebilangan kaum perempuan yang menggunakan kaedah tradisional demi mengekalkan adat dan budaya.

Puputan / Potong Jambul

Upacara potong jambul biasanya dijalankan selepas 40 hari bayi dilahirkan atau selepas si ibu habis tempoh berpantang.  Jiran tetangga dan saudara – mara dijemput untuk majlis doa selamat. Ketika ini mereka akan membaca berzanji beramai-ramai.  Selesai bacaan berzanji bayi akan dibawa keluar. Beberapa orang tetamu yang terdiri daripada Pak Imam dan mereka yang dikenali sebagai orang alim akan memotong sedikit jambul sambil membaca sedikit doa agar bayi tersebut membesar penuh keberkatan. Ada juga kalangan bayi yang dicukur sehingga botak licin. Rambut tersebut akan dimasukkan di dalam kelapa lalu ditanam di sekitar rumah.

Pada ketika ini , tuan rumah biasanya akan mengagihkan bunga telur dan bunga rampai kepada para tetamu. Supaya lebih tahan lama telur tersebut biasanya dimasak pindang. Ada juga yang menabur beras berserta sejumlah duit syiling di ruang tamu sebaik sahaja majlis potong jambul tersebut selesai sebagai simbol apabila dewasa nati anak tersebut dimurahkan rezeki  dan mudah mendapat makanan(beras) dan kaya (duit)

Among- Among

Among – among diadakan setiap tahun sejak bayi dilahirkan sehinggalah bayi tersebut fasih bercakap. Ketika menyambut setahun kelahiran, biasanya si anak akan dimasakkan seekor ayam ingkong. Ayam yang hendak disembelih mestilah ayam jantan yang tidak terlalu tua iaitu “ayam lancor”. Si anak anak diberi bahagian paha dan pada ketika ini mereka akan menjalani upacara pijak tanah.

 Para tetamu yang terdiri daripada jiran tetangga dan saudara –mara akan dihidangkan dengan nasi keluban yang dihidangkan di dalam dulang.  Keluban ialah sejenis lauk yang terdiri daripada  campuran sayuran seperti daun pucuk ubi, tauge atau capar, kacang panjang dan kerabu kelapa.

Si anak yang diraikan pula akan dihidangkan dengan bubur abang. Bubur abang diperbuat daripada beras atau pulut yang dimasak sehingga  lembut dan diwarnakan dengan warna merah. Bubur abang merupakan tradisi wajib masyarakat Jawa kerana ia melambangkan kesyukuran. Adat ini masih dipraktikan oleh sebahagian penduduk lama di kampung saya.

Sunatan / Berkhatan

Pada masa kini , ramai masyarakat Jawa yang menghantar anak  mereka ke klinik untuk bersunat kerana ianya lebih selamat berbanding cara tradisional. Namun terdapat juga sebilangan kecil yang memilih untuk  menjalani upacara sunatan secara tradisional iaitu dengan menggunakan khidmat Tok Mudim.

Sebelum upacara sunat dijalankan, kanak-kanak lelaki diminta berendam di dalam kolam atau parit. Kanak- kanak tersebut diminta duduk di atas batang pisang ketika Tok Mudim menjalankan tugas. Sambil menghidu buah limau purut, beberapa orang  ahli keluarga termasuk si ayah akan menemani sambil memberikan semangat.
Kanak-kanak yang baru bersunat terpaksa menjalani tempoh pantang yang agak panjang . Kadangkala mereka hanya diberi makan nasi berlaukkan bilis masak kicap sahaja sehingga mereka benar – benar sembuh.

Masyarakat Jawa  akan menjemput jiran tetangga,  sanak – saaudara dan rakan taulan untuk menghadiri majlis meraikan anak mereka. Biasanya majlis keraian diadakan serentak dengan majlis Khatam Al Quran.

Baraan/ Ziarah Beramai-ramai

Masyarakat Jawa masih mengamalkan semangat kekeluargaan dan  kemasyarakatan yang tinggi. Budaya ziarah-menziarahi  secara beramai-ramai atau dikenali sebagai “baraan” masih diamalkan terutamanya ketika menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Ketika majlis baraan mereka akan berselawat bersama –sama dan bermaaf- maafan. Ketika baraan, mereka akan dihidangkan dengan pelbagai juadah. Antara menu popular masyarakat Jawa pada pagi Hari Raya ialah ketupat nasi, rendang ayam, serunding kelapa, sambal goreng tempe, sambal tumis petai, ayam masak pecal dan gado – gado .

Nasi Ambeng

Masyarakat Jawa menyediakan nasi ambeng untuk tetamu yang datang dalam majlis kenduri doa selamat . Nasi  berserta lauk  diletakkan di dalam sebuah dulang besar dan dimakan oleh seramai empat atau lima orang. Nasi yang tidak habis dimakan akan dibungkus. Nasi yang dibungkus dan dibawa balik sebagai buah tangan ini dikenali sebagai “nasi berkat”. Antara lauk nasi ambeng yang popular dalam masyarakat Jawa ialah ayam masak ingkong, mi goreng, serunding kelapa dan sambal goreng tempe.

KEBUDAYAAN MASYARAKAT JAWA

Etnik Jawa mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Antara kebudayaan yang menjadi kebanggaan mereka ialah kuda kepang, wayang kulit, barongan, reoq dan ludrok. Kebanyakan kebudayaan ini  berasal Indonesia dan terdapat juga pengaruh Hindu.
Kuda kepang berasal dari Indonesia. Ia dipercayai dibawa oleh kumpulan Wali Songo ketika menyebarkan agama Islam. Mereka bermain  kuda kepang untuk menarik minat  orang ramai mendekati Islam. Masyarakat Jawa mempersembahkan kuda kepang ketika majlis keramaian. Kuda kepang popular di Batu Pahat meliputi kawasan Parit Raja, Seri Medan dan Senggarang.

Barongan juga merupakan seni masyarakat Jawa . Ia mengisahkan zaman Nabi Sulaiman AS yang boleh bertutur dengan haiwan. Antara kumpulan barongan yang masih aktif ialah Kumpulan Barongan Seri Wahyuni yang berasal dari Parit Bingan , Parit Raja. Ia dipercayai dibawa oleh hamba abdi yang da[potang dari Riau Lingga.

Wayang kulit Jawa merupakan persembahan kebudayaan yang semakin terpinggir. Kini hanya tinggal beberapa buah kumpulan sahaja masih memperjuangkan kesenian ini.
Reoq merupakan kesenian pecahan daripada Persembahan Barongan. Antara kumpulan yang masih aktif menampilkan persembahan ini ialah Kumpulan Setia Budi, Parit Nipah, Parit Raja.

PERSPEKTIF JANTINA

Dalam masyarakat Jawa, sejak dari kecil anak-anak lelaki dan perempuan dilayan secara berbeza. Anak lelaki disuruh bersikap sebagai seorang lelaki yang sejati manakala anak perempuan sentiasa diingatkan agar menjaga sopan-santun.

Anak lelaki tidak digalakkan menunjukkan sikap emosi manakala anak perempuan ditegah daripada bersikap agresif.  Anak lelaki akan diajak membantu tugas bapa seperti berkebun ataupun bertukang manakala anak perempuan diajar membantu ibu membuat kerja rumah seperti mengemas, memasak dan sebagainya.

Dalam masyarakat Jawa, kaum lelaki dianggap sebagai sumber kekuatan dalam sesebuah masyarakat. Jawatan ketua masyarakat seperti  pelantikan Pak Lurah mesti disandang oleh orang lelaki. Mengikut kepercayaan ,orang lelaki  bersikap lebih matang dan tidak mengikut perasaan berbanding kaum perempuan.  Jiwa seorang perempuan yang sensitif akan menyebabkan mereka menjadi emosional  dalam membuat sesuatu keputusan.

Sifat kaum lelaki yang lebih kuat juga menjadikan mereka orang yang sangat penting dan dilantik sebagai ketua keluarga.  Kekuatan sifat fizikal dengan susuk badan yang sasa mekar, gagah, maskulin keras dan perkasa menjadi penyumbang penting dalam menjalankan tugas sebagai pencari rezeki. Mereka  menyara keluarga dan menjaga segala kebajikan dan keselamatan keluarganya.

Lelaki kaum Jawa kelihatan tegas dari luaran tetapi sebenarnya lembut dari dalam. Mereka tidak akan memarahi anak mereka secara terbuka sebaliknya melalui isterinya. Hanya melalui pandangan atau jelingan mata sudah mampu menyampaikan mesej kepada anak – anak.

Perempuan kaum Jawa pula bersikap penuh lemah – lembut dan kasih – sayang terhadap suami dan anak-anak mereka. Oleh itu anak-anak mudah mesra dan manja kepada ibu berbanding ayah.  Seorang isteri amat taat akan suami. Mereka  bukan sahaja taat malahan memuliakan suami.

Isteri merupakan tulang belakang suami untuk menguruskan rumah tangga. Sikap mereka yang lemah – lembut dan penuh sopan – santun amat sesuai dengan tugas mengurus rumah tangga termasuk mencuci, memasak serta mengemas rumah.

Wanita Jawa dikaitkan dengan sifat berkorban yang tinggi. Mereka sanggup berkorban apa sahaja demi  memelihara kebajikan dan maruah keluarga mereka. Mereka akan menunggu suami pulang dari bekerja dengan sabar. Setelah suami pulang, mereka akan dilayan dengan penuh kasih-sayang.

Pepatah Jawa ada menyatakan bahawa “Syurga terletak di bawah kaki suami”. Tiada gunanya walau setinggi manapun amalan yang dilakukan oleh seseorang isteri jika mereka tidak patuh atau mengabaikan tanggungjawab terhadap suami dan anak- anak. Apatah lagi kalau mereka ingkar atau derhaka kepada suami.


29 comments:

  1. assalamualaikum.saya sangat berminat untuk mencetak bahan aku anak jawa johor.macam mana caranya ye?

    ReplyDelete
  2. wa alaikum salam sdri Rohana. Sila emelkan alamat emel sdri, nanti saya emelkan kandungan blog saya kpd sdri. Terima kasih, wassalam.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..alamat saya : rohanabakar69@gmail.com...moga Allah sahaja yg membalas segala jasa baik tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puan Rohana. Telah saya emelkan pada tarikh yang sama. Selamat membuat kajian. Hidup Jawa Johor.

      Delete
  4. Assalamualaikum. Saya juga berminat sama seperti Puan Rohana dengan post ini. Post ini banyak membantu saya untuk membuat kajian saya. Boleh pihak anda juga emailkan kepada saya. :)

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Waalaikum salam. InsyaAllah Puan Natrah.

      Delete
  6. Assalamualaikum..w.b.k

    Baru saya terjumpa blog banyak sungguh maklumat mengenai etnik jawa .Saya minta izin nak share bahan untuk menyiapkan tugasan. Tolong e-melkan kat saya...rahayu188@gmail.com. TQVM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam. Entah-entah tiga2 orang ni satu kelas buat assignment tajuk yang sama kot???. Gurau je. InsyaAllah, nanti saya emelkan.

      Delete
    2. salam..
      saya nk minta izin copy kandungan tentang etnik jawa terutama di johor utk tugasan kuliah..
      terima kasih..
      email:aineffa209@gmail.com

      Delete
  7. salam....
    sy sama seperti yang lain....
    ingin membuat kajian mengenai etnik jawa....
    walaupun keturunan sy berbangsa jawa, sy di besarkan mengikut msyrkt melayu cuma di selitkan sedikit budaya jawa... mohon izin copy kandungan blog saudara sekali gus ingin menemuramah saudara secara alam siber jika tidak keberatan

    email: areu_uya89@yahoo.com.my
    areuuya89@gmail.com

    ReplyDelete
  8. salam,

    saya juga sedang membuat kajian berkaitan berzanji dalam masyarakat johor. saya mohon bahan daripada saudara untuk dikongsikan..:)
    Terima kasih.

    norlianahms@yahoo.com

    ReplyDelete
  9. assalamualaikun,.
    saya dalam proses menyiapkan tugasan kuliah berkenaan etnik jawa memohon untuk copy kandungan mengenai etnik jawa di blog ini. email saya schafieqa@gmail.com.

    TERIMA KASIH :)

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum..blog ini amatlah memberi manfaat kepada saya dalam menyiapkan tugasan. mohon kongsikan kandungan blog ini tentang etnik jawa pada email saya: atiqahrosdin@gmail.com.
    terima kasih..

    ReplyDelete
  11. Salam.
    Mohon izin copy utk dikongsikan dlm tugasan kertas kerja.
    Terima kasih :)

    ReplyDelete
  12. izinkan saya ambil maklumat dalam blog encik. halalkan ilmu yang saya ambil ya. semoga Allah merahmati. atuk nenek saya juga duduk di senggarang dan berketurunan jawa tetapi saya tidak dibesarkan dalam suasana jawa. jadi saya berminat untuk mengenali jawa dengan lebih mendalam .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada masalah Leyna. Semoga bermanfaat ilmu yang dikongsi.

      Delete
  13. assalamualaikum , saya nak minta izin ambil maklumat dalam blog encik untuk tugasan kuliah, terima ksih
    hantar ke emel saya : farahrosli17@gmail.com

    ReplyDelete
  14. salam saya minta izin untuk ambil maklumat ini bagi membantu tugasan semiar pengurusan seni berkaitan keunikan pengurusan majlis etnik jawa (rewang) harap encik tidak keberatan memberikan maklumat..blehla emelkan kepada saya nuramiza80@gmail.com

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum
    tajuk blog ni amat asyik apabila di baca.sudikan tuan berkongsi maklumat berkenaan etnik jawa ni untuk tugasan saya.saya sarawakian dan saya berminat ingin mengetahui lebih mendalam etnik jawa ini.mohon email pada saya shahril_abubakar@yahoo.com.my..tq

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, saya sedang mengumpulkan serba sedikit berkaitan jawa batu pahat bagi penulisan proposal saya . Harap encik tidak keberatan untuk memberikan serba sedikit maklumat berkaitan dengan Masyakat Jawa Batu Pahat. Jika encik tidak keberatan, mohon jasa baik tuan untuk maklumbalas pada alamat emel maryamsayuti@gmail.com. sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum...izinkan saya copy kandungan etnik jawa ini untuk kajian. sekian Terima kasih

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Asslmkm ... Bole tak saye dptkan nombor telefon orang yang masih mengamalkan budaya masyarakat jawa. .sbb saye dpt tugasan untk Mengkaji budaya masyarakat jawa di johor... Jika ada boleh tolong emailkan ke alamat emel mohdad@yahoo.com. tq

    ReplyDelete
  21. assalammualaikum.
    saya tertarik dengan artikel tuan mengenai kedatangan jawa ke johor..
    sudi kan tuan mengkongsi maklumat untuk tugasan saya.saya berminat untuk mengetahui lebih mendalam.saya berharap agar tuan dapat memberi alamat tuan dan no tlf ke email saya.syazwanieandy@gmail@com...jasa baik tuan amat dihargai..terima kasih

    ReplyDelete
  22. https://www.youtube.com/watch?v=HbDh9z3UIJo

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete