Friday, September 30, 2011

TAJUK 37: PANGGILAN HAJI 4

MUSIM HAJI 1432/2011


Semalam 29hb September 2011, jemaah Haji dari kumpulan KT 1 (kumpulan pertama) telah bertolak dari KLIA ke Madinah.


"Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci untuk menunaikan Rukun Islam kelima bagi tahun ini ialah pada 29 September ini, kata Pengurus Besar Kanan Lembaga Tabung Haji Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.  Syed Saleh berkata 450 jemaah haji itu akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, melalui penerbangan sewa khas haji iaitu pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan Saudi Airlines pada hari berkenaan iaitu pada waktu pagi dan tengah hari. Mereka adalah sebahagian daripada 28,000 jemaah haji Malaysia yang dibenarkan mengikut kuota yang ditetapkan pihak berkuasa Arab Saudi pada musim haji tahun ini.


Bercakap kepada pemberita di Putrajaya malam tadi selepas menghadiri pelancaran Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim, beliau berkata jemaah haji Malaysia ketika ini sedang mengikuti peringkat akhir kursus haji iaitu kursus perdana di peringkat negeri selepas menghadiri kursus asas dan kursus intensif.


“Persiapan sudah lengkap. Sekarang cuma tunggu nak berangkat dan surat untuk memaklumkan jadual penerbangan telah dikeluarkan secara berperingkat sejak awal September,” kata beliau. Seramai 800 petugas Tabung Haji akan bertugas kali ini untuk menjaga kebajikan para jemaah dan mereka akan berangkat ke sana secara berperingkat bermula Rabu 29 September.  Penerbangan jemaah haji balik ke Malaysia dijadual bermula 12 November dan dijangka berakhir 11 Disember. 


Sementara itu, Dr Mashitah dalam ucapannya menasihatkan jemaah haji Malaysia supaya menjaga kesihatan masing-masing, menjaga percakapan, tingkah laku dan disiplin masing-masing demi nama baik negara. Sehingga hari ini, Mashitah berkata Tabung Haji dikenali sebagai antara agensi yang berjaya melahirkan jemaah haji yang terbaik di peringkat antarabangsa dan berharap pengiktirafan itu dapat dikekalkan melalui kerjasama semua jemaah haji Malaysia."
- Bernama



Membaca berita ini, hatiku menjadi sayu dan sedih.  Masa amat pantas berlalu. Rasanya macam baru bulan lepas aku pulang dari menunaikan ibadah Haji (2010).  Rupanya dah hampir setahun. Masih terasa hawa panas tanah Arab, masih terasa laungan azan Masjidil Haram dan Masjid an Nabawi.  Masih terdengar suara talbiyah, masih terdengan suara Pak-pak Arab berniaga, masih terdengar tempik petugas Masjidil Haram menghalau jemaah yang tidak mengikut peraturan, masih tergambar jelas, ribuan gelagat manusia (jemaah haji) dari pelbagai bangsa dari seluruh pelusuk dunia.


Masih tergambar bagaimana gelagat jemaah dari Indonesia, Turki, India dan Algeria meredah kesesakan dengan kumpulan besar mereka.  Masih tergambar bagaimana kegilaan manusia islam bagaikan kehilangan akal berasak-asak untuk merebut peluang mencium Hajar al Aswad dan juga untuk masuk ke Raudhah di Madinah.

Ya Allah, walaupun semuanya menggambarkan kesukaran belaka, namun aku tetap berdoa dan menunggu waktu untuk peluang seterusnya ke sana lagi.

Perasaan rindukan Baitullah mengasak jiwa sanubariku.


Musim Haji kali ini juga, kakakku Hajjah Rahimah yang telah menunaikan ibadah haji pada tahun 1990 telah sekali lagi diberikan rezeki oleh Allah swt untuk mengunjungi tanah suci.  kali ini bersama anaknya Mohd Rahmat.  Tarikh pemergian ialah pada 19 Oktober 2011. 


Antara pegawai TUDM yang akan menunaikan Fardhu Haji ialah:
  • Lt Jen Dato' Roslan Saad dan isteri
  • Mej Jen  Dato Azizan Shaari dan isteri
  • Mej Jen Dato' Mohd Noh Mohd Said dan isteri.
  • Brig Jen Wan Nor Mazlan bin Che Jaafar dan isteri.
  • Kol Mohd Tahir bin Basiron dan Mej Khadijah.
  • Kol Rashid bin Majid dan isteri
  • Lt Kol Amin bin Hj Suradi dan isteri
  • Lt Kol Zambri Ahmad dan isteri
  • Lt Kol Dr Mohd Yunus bin Masjuki dan isteri
  • Lt Kol Fadzilah Abdullah dan suami. 
Rakan jemaah Surau Luqman Hakim yang akan menyertai musim Haji kali ini ialah Laksda Dato' Nasaruddin dan isteri, Laksma Dato Syed Zahirudin Putra dan isteri, Kol Zaharin Jamil dan Kdr Jaafar Jailani dan isteri (coursemate MTAT).  Kapt Abd Jabar (KAGAT) juga akan berangkat pergi sebagai petugas TH.

Syukur kepada Allah kerana mereka telah sampai izin menyahut seruan Allah untuk melengkapkan Rukun Islam yang kelima.  Mudah-mudahan mereka diberi kemudahan dalam menghadapi segala dugaan yang pasti menanti di sana.

Bacalah doa ini: Rabbi Yassir Wa La Tu'assir


Labbaikallahumma Labbaik
Labbaika La Syarika Laka Labbaik
Innal hamda wannikmata laka wal mulk
La syarika lak


Pada 10 Oktober 2011 (aku bercuti sehari) Selepas solat asar di Surau Luqman Hakim (SLH),  jemaah solat Asar SLH pada petang itu beramai-ramai ke rumah Laksma Dato Syed Zahiruddin Putra. Beliau dan isteri (Datin Mariam Suri) akan terbang ke  tanah suci pada malam ini melalui Madinah.  Ramai jemaah surau serta warga MPAT yang mengucapkan selamat kepada mereka.


Pada 11 Oktober 2011, diadakan majlis doa selamat untuk bakal haji TUDM di Eagle Nest pada jam 1330H.


Pada 15 Okt 2011- majlis doa selamat untuk YBhg Lt Gen Dato Roslan Saad dan isteri (Datin Khairani) di Surau Luqman Hakim, KPTOJ selepas solat Maghrib.

Pada 18 Okt 2011, selepas Asar, ke rumah Laksda Dato Nasarudin Othman dan isteri (Datin Aishah) yang bertolak ke Kelana Jaya.

19hb Oktober, majlis doa selamat untuk Mej Jen Dato' Azizan di BM Nuri, jam 12.30 tengahari.


Semoga Allah mempermudahkan perjalanan Haji mereka dan mendapat Haji yang Mabrur.  Menyertai apa jua aktiviti yang berkait mengait dengan jemaah Haji dapat mengubat kerinduanku terhadap tanah Suci. 



 TAJUK-TAJUK BERKAITAN 


Saudaraku dari Jemaah Haji Pakej TMTT (2010) yang dikasihi,

TAJUK ini sebahagian dari pengkesahan (sebelum dan selepas) perjalanan hajiku (Tahun 1431 Hijriyah) bersama rakan-rakan dalam Pakej Haji Swasta TMTT yang dipimpin oleh Tuan Haji Redzuan dan isterinya Hajjah Naemah. Pakej ini mengandungi kumpulan KT 71 (turut mengandungi kumpulan KT 11 dan KT 63).  KT 71 bertolak dari KLIA pada 30 Okt 2010 dan kembali ke tanah air pada 12 Dis 2010. 

Semoga pertemuan ini akan menjadi asas persahabatan dan persaudaraan kita di dunia dan akhirat. Saudara-saudari boleh terus melayari tajuk-tajuk yang berkaitan dengan
.



.

No comments:

Post a Comment

IKTIROF

←  PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang  → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...